salam..
wink wink wink
arini dolly nk bebel pasal pose..
maaf sbb late update entry..
dah pose ke 15 baru nk update kan..
kat sini dolly nk ambil kesempatan untuk ucapkan selamat berpuasa..
harap kedatangan bulan Ramadhan ni membawa sinar untuk kite sume..
ok lah.. sini dolly nk share sikit about pose..
jom sme2 kte hayati..
Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti“panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud“menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai“hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
so dolly nk ucapkan selamat menjalani ibadah pose ye untuk sume..
salam sayunk dari dolly..
No comments:
Post a Comment